Home Nasional Malaysia, Brazil mahu tingkat kerjasama pendidikan, penyelidikan & pembangunan
Nasional

Malaysia, Brazil mahu tingkat kerjasama pendidikan, penyelidikan & pembangunan

Malaysia, Brazil mahu tingkat kerjasama pendidikan, penyelidikan & pembangunan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), menghadiri pertemuan dengan Industri Semikonduktor Malaysia-Brazil di Rio de Janeiro/ BERNAMA

RIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia dan Brazil sepakat untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemikiran tradisional yang terlalu bergantung kepada negara dan universiti tertentu kini dianggap tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

‘’Ini bermakna pelbagai kementerian, termasuk pendidikan tinggi, harus mempertimbangkan kemungkinan kerjasama antara universiti dan penyelidikan pembangunan yang akan membolehkan lebih banyak hubungan, komunikasi dan kolaborasi’’, katanya.

Datuk Seri Anwar turut mempelawa syarikat Brazil untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

Beliau berucap pada majlis sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia Maria Quitéria di Brazil.

Maria Quitéria mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 tong minyak sehari (bpd) dan kapasiti penyimpanan sebanyak satu juta tong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....