Home Nasional Malaysia berpotensi jadi negara sumber import penting
Nasional

Malaysia berpotensi jadi negara sumber import penting

Malaysia berpotensi jadi negara sumber import penting

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Julai- Ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China berpotensi menjadikan Malaysia sebagai antara negara sumber pengimportan bahan mentah, komponen dan alat ganti serta produk siap baharu bagi syarikat yang ingin mengurangkan kebergantungan terhadap negara tersebut secara khusus.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan ketidakpastian dalam hubungan perdagangan kedua-dua negara itu juga akan menggalakkan syarikat multinasional dari negara lain mencari lokasi pengeluaran alternatif di negara ketiga, termasuk Malaysia.

“Ini boleh membawa kepada peningkatan pelaburan asing dan peluang pekerjaan di Malaysia,” jelas kementerian itu dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.

MITI menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) mengenai risiko dan implikasi yang harus ditanggung Malaysia dengan ketegangan perdagangan antara AS dan China.

Kementerian itu menambah pada masa yang sama, Malaysia boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan dari China dengan peningkatan tarif oleh AS ke atas barangan China.

“Bagaimanapun, syarikat Malaysia disarankan melakukan usaha wajar untuk memastikan syarikat China yang berminat menjadi rakan perniagaan tidak berniat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi untuk mereka mengelak daripada membayar tarif yang tinggi kepada AS,” tambahnya.

Menurut MITI Malaysia akan terus mengekalkan dasar tidak berpihak kepada mana-mana blok kuasa ekonomi dunia dan pada masa yang sama, sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua rakan dagangnya termasuk AS dan China.

“Dalam mengimbangi cabaran dan peluang yang timbul akibat ketegangan perdagangan ini, tindakan dan inisiatif yang diambil kerajaan telah dan akan mengambil kira keperluan dan kepentingan syarikat tempatan,” jelasnya.

Selain itu, ketegangan tersebut juga dilihat membawa kepada peningkatan pelaburan asing, dengan syarikat utama AS seperti Intel telah melabur di Malaysia dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM30 bilion, manakala Global Foundries membuka hab operasi di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, krisis Rusia-Ukraine juga secara tidak langsung akan memberi kesan kepada industri semikonduktor negara, tambah MITI.- BERNAMA

Related Articles

Pilihan raya: Parti Pembangkang Lithunia bakal bentuk kerajaan
Nasional

Pilihan raya: Parti Pembangkang Lithunia bakal bentuk kerajaan

Pemimpin pembangkang Lithunia, Vilija Blinkeviciute /Foto REUTERSVILNIUS,13 Oktober 2023 – Pemimpin Parti...

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang

Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Perak meningkat kepada 625 orang daripada...

Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba
Nasional

Pasar Besar Kuala Krai terbakar, tiada kemalangan jiwa -Bomba

Api marak dalam kejadian kebakaran Pasar Besar Kuala Krai pada awal pagi...

Kuala Lumpur, Kedah diramal berlaku ribut petir petang ini
Nasional

Kuala Lumpur, Kedah diramal berlaku ribut petir petang ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Ribut petir dijangka melanda di beberapa tempat...