Home Nasional Malaysia akan suarakan bantahan pemindahan rakyat Palestin di OIC
Nasional

Malaysia akan suarakan bantahan pemindahan rakyat Palestin di OIC

Malaysia akan suarakan bantahan pemindahan rakyat Palestin di OIC

Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Malaysia tetap dengan pendirian menolak sebarang cadangan pengilhakan Gaza atau usaha memindahkan rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan secara paksa, menurutKementerian Luar Negeri.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pendirian itu akan ditegaskan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi pada 7 Mac ini.

Sesi itu akan membincangkan perkembangan gencatan senjata di Gaza serta kegusaran berhubung cadangan pengilhakan Gaza yang akan mengakibatkan pemindahan secara paksa rakyat Palestin daripada tanah air mereka.

Mohamad juga akan menzahirkan komitmen penuh Malaysia dalam membantu usaha pembinaan semula dan pemulihan Gaza termasuk dengan mengadakan kerjasama pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan inisiatif serantau.

\”Penyertaan Menteri Luar ke Sesi Tergempar ini menggariskan komitmen teguh Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam mewujudkan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,\” menurut kenyataan kementerian.

Related Articles

Malim, Duyong dan Merlimau dilanda banjir kilat
Nasional

Malim, Duyong dan Merlimau dilanda banjir kilat

FOTO APM JASINMELAKA, 6 Mac- Hujan lebat berterusan sejak 6.00 pagi tadi...

Lima koperasi sekolah catat perolehan melebihi RM1 juta
Nasional

Lima koperasi sekolah catat perolehan melebihi RM1 juta

Foto RTMBESERI, 6 Mac-Sebanyak 2,499 buah koperasi sekolah di seluruh negara berjaya...

KDN cadang tambah CIC di Sabah dan Sarawak
Nasional

KDN cadang tambah CIC di Sabah dan Sarawak

Foto facebook JSJ PDRMKUALA LUMPUR, 6 Mac–Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia meneliti...

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak terjejas
Nasional

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak terjejas

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/RTMKUALA LUMPUR, 6 Mac- Status Malaysia...