Home Nasional Malaysia akan eksport durian kampung ke China
Nasional

Malaysia akan eksport durian kampung ke China

Malaysia akan eksport durian kampung ke China

Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) 2024–2028 atau GENTAR di Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di ibu negara

KUALA LUMPUR, 27 Ogos- Selepas eksport durian segar negara memasuki pasaran China, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi tumpuan kepada durian kampung untuk dieskport ke negara tembok besar itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM giat melaksanakan perbincangan termasuk dengan syarikat dan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China bagi merealisasikan hasrat itu.

Menurut beliau sekiranya perbincangan itu berjaya, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menjadi ejen pengumpulan durian berkenaan sebelum dihantar ke negara itu.

\”Mereka (China) sedang kaji (perkara ini) dan minta ia dikategorikan, misalnya durian (kategori) dua, supaya jika ia dipasarkan di sana nanti, harganya mungkin sedikit berbeza.

\”Ia masih (di peringkat perbincangan) dengan syarikat di sana termasuk Menteri Pentadbiran Am Kastam China (GACC) yang mengendalikan hal import eksport bagi China,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Organisasi (OACS) 2024–2028 atau GENTAR di Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di ibu negara.

Majlis tersebut turut dihadiri, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob; Timbalan Ketua Pengarah Operasi LPP, Nik Mohd Shaharil Nik Md Hashim; Pengurus Besar NAFAS, Muhammad Faris Arriffin dan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Gunawan Che Ab Aziz.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....