Sunday , 15 December 2024
Home Nasional Majlis Apresiasi petugas RTM, sempena kejayaan liputan istiadat Agong
Nasional

Majlis Apresiasi petugas RTM, sempena kejayaan liputan istiadat Agong

Majlis Apresiasi petugas RTM, sempena kejayaan liputan istiadat Agong

Malah, liputan tersebut turut mengangkat jenama RTM ke peringkat lebih tinggi.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Seramai 250 petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) dirai dalam satu Majlis Apresiasi bersempena kejayaan liputan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bulan lalu.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pihak terdiri daripada \’team\’ produksi, teknikal serta radio dalam menjayakan liputan istiadat tersebut.

Malah, liputan tersebut turut mengangkat jenama RTM ke peringkat lebih tinggi.

\”Hari ini kita berkumpul, kita raikan bila kita keluar daripada majlis ini kita dapat idea-idea baharu juga untuk menjadikan persembahan kita lebih baik..jadi sekarang yang penting adalah kita bersaing dengan diri kita, itu yang paling penting. Kita sentiasa menambah baik..ini sangat membanggakan..tahniah kepada \’team\’,\”katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di sini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Seksyen Ehwal Semasa RTM, Rahayu Wahid berkata beliau berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan semua kru terlibat sepanjang liputan itu berlangsung.

\”Kita sama-sama lihat sendiri hasilnya di kaca TV (televisyen) memang mendapat pujianlah daripada ramai..untuk seterusnya kita ada banyak lagi acara di bulan lapan ini contohnya kita akan ada Majlis Hari Kemerdekaan, sebab itu adalah satu majlis yang besar, kita tengah buat persiapan sepenuhnyalah supaya majlis tersebut berjalan lancar,\” katanya.

Pada majlis itu, turut disampaikan sijil penghargaan kepada petugas yang terlibat, selain cabutan bertuah.

Related Articles

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa
Nasional

Op Khas Motosikal: Lebih 800,000 kenderaan diperiksa

Foto RTMKUCHING, 14 Disember -Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) setakat semalam telah...

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November
Nasional

FAMA Perlis catat jualan RM2.4 juta menerusi Pasar Tani, hingga November

FOTO FAIL KANGAR, 14 Disember – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis...

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah
Nasional

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan/...

Akauntan bertauliah, sokong pembangunan sektor tenaga baharu Sarawak
Nasional

Akauntan bertauliah, sokong pembangunan sektor tenaga baharu Sarawak

Abang Johari Tun Openg / Foto BERNAMAKUCHING, 13 Disember- Sarawak memerlukan akauntan...