Home Nasional MAIWP Labuan peruntuk RM1.6 juta untuk agihan bantuan makanan
Nasional

MAIWP Labuan peruntuk RM1.6 juta untuk agihan bantuan makanan

MAIWP Labuan peruntuk RM1.6 juta untuk agihan bantuan makanan

Foto Bernama

LABUAN, 23 Mac – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan memperuntukkan RM1.6 juta, bagi perlaksanaan inisiatif agihan bantuan makanan berbungkus di wilayah itu.

Sumbangan bernilai RM50,000 turut diberikan kepada Surau Fath Al-Bari Pusat Koreksional Labuan bagi pelaksanaan program pendidikan dan kerohanian prospek.

Cek sumbangan disampaikan MAIWP Labuan dalam satu majlis iftar yang diadakan, semalam dan seramai 720 asnaf dan keluarga diraikan pada majlis itu.

Asnaf terlibat terdiri daripada penerima bantuan Bulanan Sara Hidup MAIWP, ibu tunggal, warga emas serta asnaf yang mempunyai tanggungan ramai.

Seramai 240 ketua keluarga menerima sumbangan bakul makanan dengan jumlah kos keseluruhan RM36,000. Manakala 100 anak asnaf juga turut menerima sumbangan duit raya RM50 seorang daripada MAIWP Labuan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md. Fadzli Md. Saad dan wakil pembayar zakat Dato Seri Mohd Alias Abdul Rahman.

Majlis berlangsung di Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...