Home Nasional MAIS agih bantuan fidyah RM13 juta kepada 50,054 penerima tahun lepas
Nasional

MAIS agih bantuan fidyah RM13 juta kepada 50,054 penerima tahun lepas

MAIS agih bantuan fidyah RM13 juta kepada 50,054 penerima tahun lepas

Foto Majlis Agama Islam Selangor

SHAH ALAM, 25 Januari– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan bantuan fidyah sebanyak RM13 juta kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.4 juta sumbangan berupa Agihan Fidyah MAIS (AFM) Kotak Makanan, AFM Ejen Dapur Fidyah (RM1.3 juta), AFM Tunai (RM2.3 juta) dan AFM Wang Saku Pelajar, sebanyak RM4.8 juta.

Menurut Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tahun lalu MAIS telah berjaya membuat kutipan fidyah sejumlah RM12.9 juta.

Pada tahun ini pula, MAIS menyasarkan jumlah kutipan fidyah sebanyak RM16 juta, manakala agihan sebanyak RM12.4 juta.

\”Memang ada pertambahan daripada tahun ke tahun, maknanya menunjukkan kesedaran umat Islam kita betapa pentingnya fidyah ini dibayar dijelaskan. Ia makin meningkat contohnya pada tahun lepas lebih kurang RM13 juta, pada tahun hadapan kita jangkakan RM16 juta dan mungkin lebih, jadi sentiasa meningkat\”, katanya.

Jelas beliau, sasaran tersebut ditetapkan supaya lebih ramai masyarakat Islam menerima manfaat dan bantuan bagi menjalani kehidupan seharian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Perancangan dan Pewarisan Harta Islam serta Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah di Shah Alam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....