Home Nasional MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf
Nasional

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

MAIPs senarai 6 fokus utama bantu asnaf

FOTO ISTANA ARAU

CHUPING, 3 Januari- Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengenal pasti enam fokus utama yang diberikan perhatian dalam melaksanakan agihan holistiknya.

Antara inisiatif yang digariskan termasuk Peningkatan Ekonomi Asnaf, Pendidikan, Dakwah, Perumahan Dan Penempatan, Kesihatan Dan Taraf Hidup serta Pembangunan Amilin.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam melaksanakan enam fokus utama itu, setiap warga kerja MAIPs perlu lebih produktif, lebih bersedia, lebih segar dan terus bermotivasi dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Demikian titah baginda ketika mengetuai Program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Chuping.

Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menyempurnakan sumbangan MAIPs kepada tiga orang asnaf yang terpilih di Kampung Paya Kelubi dan Kampung Berangan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....