Home Nasional MAINPP, PERDA bangunkan projek pembangunan atas tanah wakaf bernilai RM170.1 juta
Nasional

MAINPP, PERDA bangunkan projek pembangunan atas tanah wakaf bernilai RM170.1 juta

MAINPP, PERDA bangunkan projek pembangunan atas tanah wakaf bernilai RM170.1 juta

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama MAINPP dan PERDA

TELUK BAHANG, 18 Januari– Projek pembangunan berimpak tinggi dengan nilai pembangunan RM170.1 juta dibangunkan bersama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menerusi Wakaf MAINPP dan Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd (PVISB), anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Projek berkenaan dilaksanakan di atas tanah wakaf Lot 60, Mukim 11 dekat Bayan Lepas membabitkan pembinaan 510 unit pangsapuri dan 12 unit komersial di atas tanah seluas 2.85 hektar.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, tanah berkenaan diberikan oleh dermawan, allahyarham Puteh Haji Masseh, yang diwakafkan pada 9 Oktober 1948.

Beliau yang juga, Yang di-Pertua MAINPP berkata tanah tersebut telah didaftarkan kepada MAINPP pada 20 Mei 1994 dan kekal sebagai aset wakaf untuk manfaat umat Islam.

“Pelaksanaan projek terbabit mendapat kelulusan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Wakaf MAINPP pada 13 Ogos 2024.

“Projek berkenaan dijangka memberi pulangan sebanyak RM19 juta kepada MAINPP, sekali gus memaksimumkan potensi tanah wakaf sebagai aset produktif yang memberikan impak positif kepada pembangunan sosioekonomi ummah,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Antara MAINPP, Wakaf MAINPP dan PVISB disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis diadakan sempena Majlis Makan Malam Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di sebuah hotel di Teluk Bahang.

Perjanjian ditandatangani di antara MAINPP yang diwakili Setiausahnya, Datuk Rosidi Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP, Abdul Mohsein Mohd Shariff. Manakala, Pengurus Besar PERDA, Datuk Asri Baharum dan Ketua Pegawai Eksekutif PVISB, Noorkhaizan Mohd Noor mewakili PERDA.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...