Home Nasional MAIDAM sedia bantu anak pengikut GISBH jika diperlukan
Nasional

MAIDAM sedia bantu anak pengikut GISBH jika diperlukan

MAIDAM sedia bantu anak pengikut GISBH jika diperlukan

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail / Foto Bernama

KUALA TERENGGANU, 24 September – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersedia memberikan bantuan kepada anak-anak pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditinggalkan, sekiranya diperlukan.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata bantuan tersebut merangkumi aspek pendidikan dan kemahiran, namun akan diberikan hanya jika mereka memenuhi kriteria untuk memulakan hidup baru.

Katanya, menerusi pemantauan yang dilakukan bersama pihak polis mendapati tiada kanak-kanak pengikut GISBH yang terabai di negeri itu dan semua premis yang dikaitkan dengan kumpulan itu telah dikosongkan.

\”Pihak jabatan agama dan polis akan sentiasa memantau pergerakan mereka, termasuk menyediakan bantuan kemahiran jika mereka benar-benar insaf,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Yayasan Islam Terengganu, di sini.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...