Home Nasional Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkan

KANGAR, 22 Disember- Program Mai Derma Darah\”Be A Hero\”, yang dilaksanakan sebanyak 20 siri sejak April 2023 sehingga Disember 2024 berjaya mengumpul sebanyak 863 pek darah.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar, Nor Siti Hajar Razali, program dilaksanakan setiap bulan itu merupakan satu tanggungjawab sosial berterusan kepada masyarakat bagi menambah stok bekalan darah di Unit Transfusi, Jabatan Patologi, Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Inisiatif yang dilaksanakan sejak 2023 itu akan diteruskan sepanjang tahun 2025 berikutan bekalan darah yang mencukupi diperlukan hospital berkenaan bagi rawatan kecemasan yang sentiasa meningkat setiap hari.

Setiap kali program, sasaran ditetapkan sebanyak 50 pek darah, namun ada ketikanya melebihi sasaran ditetapkan membuktikan keprihatinan dan kesedaran masyarakat setempat untuk membantu mereka yang memerlukan ketika kecemasan.

Beliau memaklumkannya pada Program Mai Derma Darah \”Be A Hero\” penutup tahun 2024 di Unit Transfusi, Jabatan Patologi, HTF.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 507 pek darah didermakan oleh masyarakat, melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 500 pek yang disasarkan.

Program dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Kangar yang diselaraskan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Unit Tabung Darah HTF.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....