Monday , 23 December 2024
Home Nasional MADA tidak cadang mohon laksana pembenihan awam
Nasional

MADA tidak cadang mohon laksana pembenihan awam

MADA tidak cadang mohon laksana pembenihan awam

Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh

ALOR SETAR, 6 Ogos– Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tidak bercadang melakukan operasi pembenihan awan kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan taburan hujan akan meningkat pada Ogos, September dan Oktober ini.

Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh berkata operasi pembenihan awan (OPA) yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 29 Julai lalu mengambil masa meningkatkan paras takungan empangan.

\”Jadi bila pembenihan awan itu berlaku, bukan esok itu terus naik kalau pun hujan, bukan lusa seterusnya terus naik parasnya, kalau pun hujan. Jadi ia mengambil masa apabila tanah lama kering, hujan turun yang mula itu, baru diserap masuk dalam tanah… habis serap, seterusnya ia masuk ke sungai sungai-sungai untuk masuk ke tadahan-tadahan\”, katanya kepada pemberita di Alor Setar.

Sehingga 1 Ogos, stesen hujan MADA merekodkan bacaan 30 millimeter hujan di Empangan Pedu dan Empangan Muda hasil daripada OPA yang dilakukan selama tiga hari bermula 29 Julai lalu.

Pihaknya berharap lebih banyak hujan yang akan membantu meningkatkan paras takungan air di tiga empangan seliaannya.

Setakat semalam, takungan air di tiga empangan adalah normal iaitu 41.97 peratus melibatkan Empangan Pedu sebanyak 37 peratus, Empangan Muda 7.4 peratus dan Empangan Ahning 80.76 peratus.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...