Home Nasional M. Kumar nafi bersara, video tular tidak berasas
Nasional

M. Kumar nafi bersara, video tular tidak berasas

M. Kumar nafi bersara, video tular tidak berasas

Tangkap layar video Datuk M. Kumar menerusi akaun TikTok yang mendakwa beliau akan bersara

JOHOR BAHRU, 9 November- Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar menafikan dakwaan beliau bersara seperti yang tular di platform TikTok pada Oktober lalu.

Polis Johor menerusi satu kenyataan memaklumkan, kandungan video berkenaan tidak benar dan tidak berasas.

\”Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar masih menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini terjaga.

\”Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kekeliruan,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu kenyataan berkenaan juga memaklumkan berkenaan sebarang maklumat rasmi berkaitan perubahan dalam kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan melalui saluran rasmi agensi itu.

Pada masa sama polis Johor memandang serius penyebaran berita palsu selain mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak terlibat dalam menyebarkan maklumat tidak benar mengikut undang-undang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....