Home Nasional LRA Kodiang Fasa 1 akan dibina di Kubang Pasu
Nasional

LRA Kodiang Fasa 1 akan dibina di Kubang Pasu

LRA Kodiang Fasa 1 akan dibina di Kubang Pasu

Foto hiasan

KODIANG, 2 September- Loji Rawatan Air (LRA) Kodiang Fasa 1 bakal dibina di Daerah Kubang Pasu, Kedahuntuk mengimbangi jumlah permintaan air terawat daripada sektor industri di negeri itu khususnya kawasan Pembangunan DELAPAN dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam satu kenyataan memaklumkan, projek berkenaan secara dasar, projek tersebut telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan semua pihak terlibat.

\”Pembiayaan bagi projek ini akan dilakukan secara pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dijangka akan siap pembinaannya pada tahun 2030 dan ia dipersetujui dalam mesyuarat bersama Kementerian Kewangan Malaysia pada 20 Mei lalu.

\”SADA berharap agar pembinaan projek ini berjalan seperti yang dirancang sekali gus dapat memberi impak positif kepada ekonomi Negeri Kedah melalui sektor industri dan pelaburan,\” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman serta Pegawai Kanan SADA telah membuat lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan LRA Kodiang Fasa 1 di daerah Kubang Pasu.

Beliau dan delegasi SADA turut diberi taklimat oleh Jabatan Pembangunan / R&D SADA berkenaan aspek utama yang perlu diberi perhatian termasukskop projek, anggaran kos, proses pengambilan tanah dan statistik bekalan air loji tersebut.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...