Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Lori tangki bawa muatan kimia terbalik di Kalabakan
Nasional

Lori tangki bawa muatan kimia terbalik di Kalabakan

Lori tangki bawa muatan kimia terbalik di Kalabakan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Sebuah lori tangki 10 tan membawa muatan bahan kimia jenis ammonium nitra terbabas lalu terbalik di Jalan Kalabakan-Nabawan di Kalabakan petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu menyebabkan tumpahan kimia di atas jalan dan dua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam.

\”Keadaan mangsa tidak diketahui. Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.05 petang dan tiba di lokasi sejauh 138 kilometer itu pada 5.35 petang.

\”Pasukan bomba bertindak membersihkan tumpahan bahan kimia itu menggunakan sumber air daripada tangki jentera bomba,\” katanya.

Jemishin berkata operasi pembersihan bahan kimia ditamatkan pada pukul 7.10 malam tadi.

Operasi berkenaan melibatkan lapan anggota bomba Tawau dengan bantuan lima anggota daripada pasukan bomba sukarela Kalabakan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...