Home Nasional Lori kontena terbabas, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Nasional

Lori kontena terbabas, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur

Lori kontena terbabas, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur

Foto Polis Daerah Maran

KUANTAN, 28 Disember – Laluan di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran terhalang akibat kemalangan sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik, kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai dalam kenyataan menasihatkan supaya pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

\”Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu,\” katanya.

Beliau berkata proses pengalihan lori kontena yang terbalik sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, dan laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....