Home Nasional Loji Penyahairan Sungai Dua, selesaikan isu sisa LRA – PBAPP
Nasional

Loji Penyahairan Sungai Dua, selesaikan isu sisa LRA – PBAPP

Loji Penyahairan Sungai Dua, selesaikan isu sisa LRA – PBAPP

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tengah) merasmikan Loji Penyahairan Sungai Dua (SDDP)/Foto FB KM

BUTTERWORTH, 23 Februari– Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi inisiatif hijau dan pintar telah menyelesaikan isu pengendalian sisa loji rawatan air (LRA) menerusi perasmian Loji Penyahairan Sungai Dua (SDDP) bernilai RM20 juta di Sungai Dua, Butterworth.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata LRA yang menggunakan teknologi rawatan air konvensional akan menghasilkan sisa sebagai hasil sampingan daripada proses operasi.

Pembukaan SDDP itu mampu menyelesaikan masalah selama 16 tahun dengan memproses sisa-sisa lumpur buangan menjadi bahan untuk pembinaan serta menjimatkan kos operasi sebanyak RM90 juta.

\”Dalam proses itu, PBA pun dapat hasil air balik dan diasingkan lumpur-lumpur dan tanah liat itu, untuk dihantar ke kilang syarikat ini di Bukit Minyak, untuk dijadikan sumber kebanyakan dia adalah batu batan untuk pembinaan.

Pengangkutan serta hantar ke loji rawatan di Negeri Sembilan itu dalam lingkungan RM90 juta, maka jimat kos operasi lah,\” kata Chow kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan SDDP di Sungai Dua, di sini.

Jelas beliau, sejak 2009 Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menggesa semua operator bekalan air untuk melupuskan sisa LRA, namun ia melibatkan kos pelupusan yang tinggi.

Secara tidak langsung, ia mencerminkan usaha Pulau Pinang dalam mencapai pembangunan lestari, menerusi pengurusan sisa yang selamat dan mesra alam seiring dengan peningkatan kapasiti rawatan air.

Dalam perkembangan lain, Chow Kon Yeow mengesahkan akan mempertahankan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bagi pemilihan DAP pada 16 Mac depan.

Beliau turut percaya bahawa masih ada ruang tertentu bagi mempertahan jawatan tersebut selepas namanya dicalonkan.

Ini sekali gus mewakil suara akar umbi memandangkan ada beberapa pemimpin kanan parti menarik diri daripada bertanding.

Terdahulu, beliau telah menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP Kebangsan dan menerajui parti tersebut di Pulau Pinang selama 25 tahun sebelum mengumumkan untuk tidak pertahan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang pada pemilihan parti dalam Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang pada 5 Ogos tahun lalu.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...