Home Nasional LKIM salur RM132,000 kepada nelayan terjejas kebakaran di Tanjung Dawai
Nasional

LKIM salur RM132,000 kepada nelayan terjejas kebakaran di Tanjung Dawai

LKIM salur RM132,000 kepada nelayan terjejas kebakaran di Tanjung Dawai

Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada nelayan yang terjejas kebakaran di perumahan Tanjung Dawai baru-baru ini

SUNGAI PETANI, 7 Januari – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan bantuan tunai segera berjumlah RM132,000 kepada mangsa kebakaran yang melibatkan 13 rumah di Tanjung Dawai, Sungai Petani, pada Ahad lalu.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata bantuan itu disalurkan menerusi Tabung Bencana Kebajikan Nelayan bagi meringankan beban nelayan yang terjejas akibat musibah tersebut.

“Ketika ini, penduduk yang terlibat ditempatkan di Penempatan Semula Nelayan (PSN) Tanjung Dawai dan ada yang menyewa di kawasan sekitar. Soal penggantian rumah akan disemak terlebih dahulu dari sudut bidang kuasa dan keupayaan kami untuk membantu mereka membina semula rumah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan perumahan yang musnah telah diserahkan kepada LKIM oleh Lembaga Kemajuan Wilayah (KEDA) bagi memastikan kedudukan undang-undang berkaitan.

Muhammad Faiz berkata demikian kepada RTM selepas melawat Projek Smart Aqua Farming System di Pantai Merdeka di sini, hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, sebanyak 13 buah rumah musnah sepenuhnya akibat kebakaran, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kecil. Insiden itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....