Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Liqa’ iMahabbah, bantu menyatukan warga Jabatan Mufti
Nasional

Liqa’ iMahabbah, bantu menyatukan warga Jabatan Mufti

Liqa’ iMahabbah, bantu menyatukan warga Jabatan Mufti

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar

SERDANG, 23 Ogos – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Liqa’ iMahabbah atau kejohanan sukan yang disertai 14 buah Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, kejohanan kali ketiga itu merupakan satu wadah dalam usaha menyatupadukan semua warga Jabatan Mufti setiap negeri melalui kejohanan sukan.

\”Semoga kesatuan yang dibina dalam platform sukan Liqa’ iMahabbah kali ini akan membawa mahabbah dalam konteks muzakarah dan perbincangan sahibus samahah mufti-mufti. Jadi dengan perbincangan dan kesatuan ini kita harapkan agar segala permasalahan yang dihadapi masyarakat.

\”Ini kerana masyarakat ini mengharapkan sangat pandangan hukum daripada mufti-mufti, jadi insya-Allah dengan kesatuan yang kita bina melalui platform Liqa’ iMahabbah ini akan memberikan kekuatan, kesatuan dan institusi kefatwaan di Malaysia ini akan dapat diperkukuhkan,\” kata Dr Na’im.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Liqa’ Mahabbah jabatan dan juga pejabat mufti seluruh negara di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor malam tadi.

Kejohanan sukan yang melibatkan penyertaan hampir 600 peserta tersebut akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula pada hari ini dan akan berakhir pada 26 ogos depan

Menurut Dr Na’im, melalui penganjuran Liqa’ Mahabbah ini juga dapat mengajak pegawai dari jabatan mufti untuk sentiasa menjadikan aktiviti kecergasan dan juga sukan sebagai rutin harian.

Jelasnya, aktiviti bersukan itu juga penting bagi membantu masyarakat supaya dapat menunaikan ibadah secara lebih baik serta bekerja di pejabat dengan gembira dan ceria.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...