Home Nasional Lima PPS diaktifkan di Serian, Samarahan
Nasional

Lima PPS diaktifkan di Serian, Samarahan

Lima PPS diaktifkan di Serian, Samarahan

Kampung Krusen,Serian-dinaiki air setinggi 4 kaki/Foto APM Serian

SERIAN, 28 Januari – Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Bahagian Serian dan Samarahan sejak lewat petang tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, empat PPS dibuka di Bahagian Serian iaitu PPS Tebakang Bidayuh, Slabi Entukuh, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tebakang dan Balai Raya Betong Kanowit.

Sementara itu, sebuah PPS dibuka di Bahagian Samarahan iaitu PPS Dewan Mesra Simunjan.

Setakat pukul 9 malam tadi, proses pemindahan penduduk masih dijalankan.

Namun, jumlah penduduk dan Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, menerusi hantaran Angkatan Pertahanan Awam (APM) Serian di Facebook memaklumkan keadaan semasa di Kampung Krusen,Serian mendapati air semakin naik sehingga ke pinggang.

\”Air telah naik sehingga setinggi 4 kaki dan tidak dapat di lalui kenderaan.

\”Setakat ini dilaporkan tiada rumah penduduk yang terjejas,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....