Home Nasional Lima maut nahas ngeri di Jalan Stutong Baru di Kuching
Nasional

Lima maut nahas ngeri di Jalan Stutong Baru di Kuching

Lima maut nahas ngeri di Jalan Stutong Baru di Kuching

FOTO RTM

KUCHING, 14 Januari-Lima maut manakala dua cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Stutong Baru di Kuching tengah hari tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah, empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Dalam kejadian pukul 12.50 tengah hari itu, sebuah kenderaan jenis sedan yang datang dari arah pusat bandar dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan lalumerempuh dua lagi kenderaan jenis sedan dan dua buah motosikal.

Kesemua mangsa berumur antara 16 dan 45 tahun.

Polis akan menahan seorang pemandu bagi membantu siasatan.

Pemandu berkenaan yang berumur 16 tahun didapati tidak memiliki lesen memandu.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....