Home Nasional LHDN lakukan lebih 60 semakan audit terhadap GISBH
Nasional

LHDN lakukan lebih 60 semakan audit terhadap GISBH

LHDN lakukan lebih 60 semakan audit terhadap GISBH

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 30 September – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), serta syarikat dan individu berkaitan bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.

Menurut LHDN, tindakan kompaun dan penalti cukai telah dikenakan terhadap pembayar cukai berkenaan bagi tahun-tahun yang diaudit dan kesemua denda telah dibayar.

\”Pemantauan terhadap pematuhan cukai GISBH, syarikat, serta individu berkaitan dilakukan secara berterusan, sama seperti pembayar cukai lain. Tiada layanan istimewa diberikan,\” kata LHDN dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga merujuk kepada penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa dakwaan GISBH tidak membayar cukai adalah berhubung dengan Tahun Taksiran (TT) terkini yang sedang disiasat oleh LHDN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LHDN memaklumkan, tindakan pendakwaan dan penalti di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang percukaian.

Tambahnya, usaha membanteras ketidakpatuhan cukai akan terus dilakukan bagi memastikan keadilan kepada semua pembayar cukai dan mengelakkan ketirisan hasil negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....