Home Nasional Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Nasional

Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas

Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas

Foto AFP

MANILA, 12 Disember– Letusan Gunung Berapi Kanlaon di Pulau Negros baru-baru ini menjejaskan 11,791 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) pada Khamis.

Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.

Setakat ini, seramai 4,630 keluarga atau 15,334 orang telah ditempatkan di 27 pusat pemindahan, manakala 677 keluarga atau 2,522 orang menerima bantuan di luar pusat pemindahan.

Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi bukan kerajaan menyediakan bantuan bernilai PHP6.43 juta kepada keluarga yang terjejas.- BERNAMA-PNA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....