Home Nasional Letupan kilang kimia di Kapar, tiada kecederaan dilaporkan
Nasional

Letupan kilang kimia di Kapar, tiada kecederaan dilaporkan

Letupan kilang kimia di Kapar, tiada kecederaan dilaporkan

Foto JBPM

SHAH ALAM, 20 Januari – Sebuah kilang kitar semula bahan kimia di Taman Perindustrian Kapar Indah, Klang, dilaporkan sebahagiannya musnah akibat letupan yang berlaku petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan kejadian tersebut sekitar pukul 4.23 petang.

Menurut beliau, terdapat asap kuning yang menyebabkan kerengsaan mata di lokasi kejadian, dan pasukan Hazmat dari Balai Bomba Shah Alam telah segera dikerahkan ke tempat kejadian.

\”Komander operasi melaporkan pasukan Hazmat telah menjalankan ujian udara dan mendapati keadaan udara berada dalam tahap normal. Bahan yang terbakar dikenal pasti sebagai asid yang dikitar semula. Sebuah lori tangki juga musnah dalam kejadian letupan tersebut,\” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa pasukan Hazmat kini menunggu Jabatan Alam Sekitar untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian letupan tersebut.

\”Hasil siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di perkarangan kilang tersebut. Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan pada bangunan kilang serta beberapa kilang berhampiran. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,\” katanya menerusi kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....