Home Nasional Letupan, gegaran di Ipoh: Polis akan adakan mesyuarat khas, cari punca insiden
Nasional

Letupan, gegaran di Ipoh: Polis akan adakan mesyuarat khas, cari punca insiden

Letupan, gegaran di Ipoh: Polis akan  adakan mesyuarat khas, cari punca insiden

Foto RTM

IPOH, 25 Oktober-Satu mesyuarat khas akan diadakan bersama Polis Perak dengan 20 agensi terdiri daripada sektor awam dan swasta, pada Selasa ini.

Ia bagi membincangkan dan mencari punca letupan serta gegaran yang berlaku di beberapa kawasan sekitar bandar raya Ipoh, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, agensi-agensi terbabit akan membentangkan laporan masing-masing berhubung kejadian letupan serta gegaran itu.

\”Untuk kita rungkai apakah puncanya dan apakah tindakan susulan bagi beri jaminan kepada rakyat Negeri Perak tidak perlu khuatir ataupun kita akan ambil langkah-langkah ke hadapan selepas ini bagi menentukan apa juga sebarang gegaran akan dapat dikesan\”, katanya demikian kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Pada Isnin lepas, satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar Ipoh antaranya di Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim dan Manjoi serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora sekitar pukul 11 pagi.

Gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat itu turut disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat hingga mengakibatkan orang ramai terkejut dan cemas.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....