Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Letupan di Lubnan, enam anggota MALBATT cedera
Nasional

Letupan di Lubnan, enam anggota MALBATT cedera

Letupan di Lubnan, enam anggota MALBATT cedera

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 8 November-Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa enam anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan dalam satu insiden letupan yang berlaku berhampiran Stadium Saida, Lubnan, semalam.

Letupan tersebut berlaku ketika anggota MALBATT 850-12 sedang dalam perjalanan dari Beirut menuju ke Kem Marakah.

Menurut Markas ATM, letupan itu menyasarkan sebuah kenderaan awam yang sedang menghala ke Beirut, namun turut menjejaskan sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

\”Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota MALBATT 850 mengalami kecederaan. Lima anggota melibatkan MALBATT 850-12 mengalami pelbagai kecederaan ringan termasuk di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm).

\”Seorang lagi melibatkan anggota MALBATT 850-11 turut mengalami kecederaan ringan.

\”Anggota yang mengalami kecederaan di tangan telah dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850-11,\” menurut kenyataan itu.

ATM akan terus memantau perkembangan situasi itu dengan teliti dan akan memberikan maklumat terkini mengenai insiden itu dari semasa ke semasa.

ATM juga menegaskan komitmennya terhadap keselamatan serta kesejahteraan anggota yang bertugas dalam misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...