Home Nasional Lesen media sosial tidak sekat kebebasan bersuara-Fahmi
Nasional

Lesen media sosial tidak sekat kebebasan bersuara-Fahmi

Lesen media sosial tidak sekat kebebasan bersuara-Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika ditemubual di Sarawakfm/Foto RTM

KUCHING,8 Ogos-Pelesenan perkhidmatan media sosial bukan bertujuan untuk menyekat hak bersuara atau mengekang perkara berkaitan politik namun sebaliknya bertujuan memastikan penggunaan internet yang selamat di negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan pelesenan media sosial mampu menyekat kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Fahmi turut menolak dakwaan bahawa inisiatif berkenaan digunakan kerajaan bagi menyekat hak bersuara terhadap kerajaan.

Jelasnya, kerajaan sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan yang berasas dan membina.

“Sejujurnya kalau kita hendak sekat, waktu ini mengikut undang-undang sedia ada kita boleh sahaja sekat, tetapi kerajaan tidak berhasrat berbuat demikian seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau dan kerajaan sedia dikritik\”, katanya demikian dalam satu temubual bersama Sarawakfm di sini hari ini.

Terdahulu, MCMC memaklumkan satu kerangka baharu bagi mengawal selia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet akan diperkenalkan pada awal bulan ini dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025.

Menerusi kerangka baharu itu, semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....