Home Nasional Lesen media sosial mampu kawal pemilikan akaun kanak-kanak
Nasional

Lesen media sosial mampu kawal pemilikan akaun kanak-kanak

Lesen media sosial mampu kawal pemilikan akaun kanak-kanak

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Keputusan kerajaan menetapkan semua platform media sosial di negara ini mempunyai lesen bermula tahun depan mampumengawal pemilikan akaun dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 13 tahun, kataMenteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, ini memandangkan platform berkenaan dilihat tidak serius dalam menghalang golongan itu mendaftar serta memiliki akaun media sosial sendiri.

Ketika ini, platform media sosial hanya menetapkan garis panduan mengenai tidak membenarkan golongan itu untuk mendaftar akaun sendiri.

\”Melalui perlesenan kita harap dapat kekang kanak-kanak memiliki akaun media sosial… kita tidak mahu penjenayah menyalahgunakannya untuk pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap kanak-kanak.

\”Kami mahu menamatkan semua (jenayah) pedofil yang menggunakan akaun palsu, mengakses platform media sosial,\” katanya.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

Julai lalu,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025.

\”Sebelum ini, platform-platform terbabit dikecualikan daripada keperluan pelesenan berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

\”Keputusan (perlesenan) itu demi memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak,\” menurut kenyataan.

BERITA BERKAITAN

  • Lesen media sosial tidak libatkan pengguna
  • Lesen perkhidmatan media sosial, langkah penting lindungi keselamatan kanak-kanak
  • Lesen media sosial tidak sekat kebebasan bersuara-Fahmi
  • Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian banyak negara – Fahmi
  • Lesen media sosial hanya untuk penyedia perkhidmatan
  • Pelaksanaan lesen media sosial, langkah melindungi keharmonian Malaysia – Pakar
  • Fahmi bincang lesen media sosial dengan Menteri Singapura

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...