Home Nasional Lesen media sosial hanya untuk penyedia perkhidmatan
Nasional

Lesen media sosial hanya untuk penyedia perkhidmatan

Lesen media sosial hanya untuk penyedia perkhidmatan

Timbalan Pengarah Urusan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Zulkarnain Mohd Yasin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos– Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) hanya dikenakan terhadap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial.

Timbalan Pengarah Urusan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Zulkarnain Mohd Yasin, menegaskan pelaksanaannya tidak melibatkan pengguna platform itu.

\”Saya tahu kebimbangan ramai yang berniaga dalam talian menggunakna platform Facebook, TikTok, Instagram dan sebagainya, tapi mereka tidak akan dilesenkan pengguna. Cuma yang perlu dilesenkan adalah penyedia platform itu sendiri iaitu Facebook, TikTok, Instagram, X dan sebagainya, Youtube juga.

\”Jadi kalau kita lihat bahawa ini adalah keperluan perlesenan ini sebenarnya, adalah kita melihat keperluan untuk melindungi pengguna.

Beliau berkata tempoh lima bulan bermula 1 Ogos sehingga 31 Disember 2024 akan digunakan MCMC untuk membangunkan garis panduan komprehensif yang terperinci dan memenuhi etika yang perlu dipatuhi secara proaktif oleh penyedia perkhidmatan berkenaan.

\”Jadi ini adalah sesuatu yang kita lihat dengan banyak kemudaratan yang berada diplatform media sosial, kita perlu melindungi pengguna dan letakkan tanggungjawab itu kepada mereka.

\”Tanpa tanggungjawab mereka boleh sewenang-wenangnya menentukan apa-apa juga syarat atau membiarkan apa-apa bentuk kandungan tanpa melihat kepada aspek perlindungan pengguna. Ini satu perkara yang ingin kita tekankan bahawa penyedia platform akan lebih bertanggungjawab dengan adanya perlesenan ini\”, katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menjadi tetamu dalam Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....