Home Nasional Lelaki OKU dibelasah di Kemaman terima perhatian TPM
Nasional

Lelaki OKU dibelasah di Kemaman terima perhatian TPM

Lelaki OKU dibelasah di Kemaman terima perhatian TPM

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 20 Januari – Nasib malang seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tular akibat dibelasah teruk di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman baru-baru ini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mewakili beliau, menziarahi keluarga mangsa yang kini tinggal sementara di rumah saudara mara di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini.

Melalui panggilan video bersama isteri mangsa, Faridah Abdul Karim, 44 tahun, Zahid menzahirkan rasa sedih dan simpati setelah melihat video insiden tersebut.

Beliau turut menasihati agar keluarga mangsa terus tabah menghadapi ujian ini, di samping memberi jaminan bahawa mangsa akan mendapat keadilan sewajarnya.

Khidmat kaunseling turut disediakan kepada ahli keluarga yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurut Datuk Megat, dua anak mangsa yang masih bersekolah juga akan diberi perhatian oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Terdahulu, Datuk Wira Megat menyampaikan sumbangan kepada keluarga bagi menampung kos perbelanjaan rawatan mangsa di Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Sementara itu,Faridah Abdul Karim menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat sebelum ini tidak akan ditarik balik.

Malah, beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap semua individu yang terlibat dalam memukul suaminya, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47 tahun.

Faridah turut menyuarakan rasa terima kasih kepada semua pihak yang membantu mereka dalam kes berkenaan.

“Suami saya orang yang baik, sembahyang tidak pernah tinggal, suka bersedekah walaupun dia tidak mempunyai banyak duit.

\”Saya sangat berterima kasih kepada semua yang menolong kami\”, katanya di sini.

Media sebelum ini melaporkan lelaki OKU tersebut cedera selepas dipukul beberapa individu pada kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat lalu.

Insiden berlaku apabila motosikal yang ditunggangnya tidak sengaja melanggar salah sebuah gerai jualan, menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.

Kes berkenaan tular dan mendapat perhatian masyarakat dan pihak berkuasa, yang berusaha memastikan keadilan ditegakkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....