Home Nasional Lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah
Nasional

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah

Kejadian kebakaran di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut, Sibu

SIBU, 16 Januari- Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie, mangsa ditemukan terbaring di dalam parit berdekatan dengan lokasi kejadian.

\”Mangsa maut dikenal pasti sebagai Ngu Hieng Sie, 57 tahun,\” katanya

Ketika dihubungi RTM Andy memaklumkan kawasan tersebut masih ada aliran elektrik hasil pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian.

\”Pihak bomba menerima laporan kejadian kebakaran itu pada pukul 7.50 malam tadi dengan 13 anggota dan pegawai dari Balai Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian.

\”Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati sebuah rumah kediaman binaan tidak kekal telah terbakar 100 peratus,\” katanya.

Pihaknya juga menghubungi kakitangan dari Syarikat SESCO Bhd (SESCO) untuk memutuskan bekalan elektrik di rumah tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 9.28 malam namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....