Home Nasional Lelaki maut nahas jalan Springhill, kenderaan terbalik
Nasional

Lelaki maut nahas jalan Springhill, kenderaan terbalik

Lelaki maut nahas jalan Springhill, kenderaan terbalik

Gambar hiasan

PORT DICKSON, 26 Mac – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Springhill, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.13 malam apabila pacuan empat roda yang dipandu mangsa berusia 37 tahun bersama seorang penumpang, dalam perjalanan dari arah Lukut menuju ke Bandar Springhill.

“Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah bertentangan telah membelok ke kanan jalan untuk masuk ke simpang sebelah kanan.

\”Pada masa sama, pacuan empat roda yang sedang bergerak lurus gagal mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, impak pelanggaran menyebabkan pacuan empat roda itu terbalik, manakala kenderaan mangsa terbabas ke kanan jalan.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...