Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Lelaki maut, kereta rosak di bahu jalan dirempuh
Nasional

Lelaki maut, kereta rosak di bahu jalan dirempuh

Lelaki maut, kereta rosak di bahu jalan dirempuh

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

SEREMBAN, 26 Ogos– Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di kilometer 258.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), menghala ke selatan dekat Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.

Mengikut laporan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Nazar Abd Rahman, mangsa yang terpelanting telah dikeluarkan oleh pihak Bomba.

Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bomba menerusi kenyataan di facebook memaklumkan sebuah kereta yang mengalami kerosakan di bahu jalan telah di langgar oleh sebuah kereta lain dari arah belakang.

Ketika kejadian, mangsa 31 tahun yang sedang membaiki kereta di bahagian enjin hadapan telah terpelanting dan tertusuk besi pembahagi jalan akibat daripada rempuhan itu.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamata (BBP) Seremban seramai enam orang telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT), selepas menerima panggilan pada pukul 6.44 pagi.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...