Home Nasional Lelaki 40-an dikhuatiri lemas, terjun sungai
Nasional

Lelaki 40-an dikhuatiri lemas, terjun sungai

Lelaki 40-an dikhuatiri lemas, terjun sungai

Anggota bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR)

POKOK SENA, 5 Ogos- Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Empa, di sini semalam.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd. Rahim dalam satu kenyataan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pukul 8.00 pagi tadi.

\”Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.35 petang. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dan Kuala Nerang dikejarkan ke lokasi kejadian.

\”Setibanya di lokasi kami dimaklumkan mangsa dikhuatiri lemas semasa pihak berkuasa membuat operasi jenayah di situ. Tindakan mencari mangsa serta-merta dilakukan di permukaan dengan tindakan menyelam akan dilaksanakan pagi ini,\” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner (ACP) Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Operasi pencarian memberi tumpuan berdekatan lokasi terakhir mangsa dilihat tenggelam, memandangkan keadaan air di lokasi sedikit lenang dan berarus perlahan.

Siti Nor Salawati Saad dalam satu kenyataan berkata, polis masih belum mendapat sebarang maklumat berkenaan mangsa namun mangsa bertindak terjun ke sungai susulan polismelakukan operasi pencegahan dadah.

Mangsa yang panik bertindak terjun ke sungai manakala dua lagi suspek sempat melarikan diri.

\”Berdasarkan temubual awal ke atas saksi kejadian, mangsa seorang lelaki tidak dikenali dilihat bertindak terjun ke dalam sungai dan berenang sejauh lebih kurang 15 meter dari tebing sebelum dilihat terus tenggelam.

\”Kejadian berlaku sekitar pukul 4.15 petang di Sungai Padang Terap bersebelahan sebuah kebun sayur dekat kampung tersebut,\” katanya.

Bagaimanapun polis menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk kampung berhampiran, untuk membuat laporan atau menghubungi Polis Kota Setar di talian 047747222 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga atau kenalan yang dipercayai hilang dalam tempoh berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....