Home Nasional LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB LEKAS Highway Ride 2024
Nasional

LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB LEKAS Highway Ride 2024

LEKAS ditutup Sabtu dan Ahad ini, beri laluan RHB LEKAS Highway Ride 2024

Lebuh raya itu akan ditutup Sabtu ini dan menyarankan pengguna memarkir kereta di Bandar Teknologi Kajang/ Foto: FB Lekas Highway Ride

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) akan ditutup Sabtu ini mulai 5 petang hingga 4 pagi Ahad bagi memberi laluan kepada acara lumba basikal RHB LEKAS Highway Ride 2024.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata acara itu akan dimulakan pada 7.45 malam (Sabtu) dan ntara jalan terlibat adalah kilometer dua LEKAS menghala ke Seremban, LEKAS ke arah Bandar Teknologi dan susur masuk LEKAS ke Semenyih.

\”Turut ditutup LEKAS ke Ecohill, Jalan Bangi Lama ke LEKAS dan Jalan Eco Majestic menghala ke LEKAS,\” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Naazron menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka pada hari tersebut dan mengelak daripada melalui jalan terlibat selain mematuhi arahan pegawai dan anggota polis yang bertugas.

\”Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar dan selamat,\” katanya.- BERNAMA

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...