Wednesday , 19 March 2025
Home Nasional Lebih sedekad, tiga beradik terima sijil kelahiran
Nasional

Lebih sedekad, tiga beradik terima sijil kelahiran

Lebih sedekad, tiga beradik terima sijil kelahiran

Tiga beradik menerima sijil kelahiran di kediamannya di Kampung Tebing Tinggi, Malim Nawar

KAMPAR, 6 Ogos- Penantian tiga beradik untuk mendapatkan sijil kelahiran berakhir apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah berkunjung ke rumah mereka di Kampung Tebing Tinggi, Malim Nawar untuk menyerahkan dokumen itu.

Bapa mereka Hariandi Dimun 41 tahun meluahkan rasa syukur kerana masalah itu dapat selesaikan dan akan melancarkan urusan kehidupan anak-anaknya masing-masing berusia 23, 21 dan 10 tahun.

Hariandi mengakui kelalaian dan kesempitan hidup menjadi punca masalah tersebut gagal diselesaikan lebih 20 tahun meskipun pernah mengadu ke JPN sebelum ini.

\”Sebelum ini ada, memang ada tetapi sebab saya tidak pandai menulis dan membaca, jadi itu yang saya buat sekerat jalan.

\”Saya mengucapkan terim akasih kepada mereka yang banyak menolong kami sekeluarga. Kalau tidak dibantu saya rasa mungkin urusan ini tidak siap,\” luahnya dengan perasaan lega.

Sementara itu Exco Komunikasi, Multimedia dan badan bukan kerajaan (NGO) Negeri Perak merangkap ADUN Tualang Sekah Mohd Azlan Helmi berkata, selepas ini pihaknya akan membantu anak-anak tersebut bagi mendapatkan kad pengenalan.

\”…kita minta bantuan daripada masyarakat sekitar supaya cakna dengan apa yang terjadi di persekitaran kita. Kadang-kadang seperti mana keluarga ini yang kita dapat (KESAN) melalui ketua kampung, melalui penduduk tempatan yang datang mengadu kepada kita.

\”Jadi mungkin ada masalah-masalah tertentu yang kita tak tahu apa yang terjadi kepada keluarga-keluarga di luar sana sehingga membuat mereka malu dan tak mahu ke depan,\” tegasnya.

Dalam pada itu keluarga berkenaan turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyara kehidupan mereka.

Penyerahan sijil kelahiran itu turut dihadiri Pengarah JPN Perak, Asuat Ahmad.

Related Articles

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api
Nasional

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat apiKULAI, 18 Mac – Tiga buah...

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi
Nasional

Ex Kurung: Latihan hadapi ancaman nyata, bukan sekadar simulasi

Latihan Anti Pengganas dan Menyelamat Tebusan \’Ex Kurung\’ yang diadakan di Politeknik...

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA
Nasional

MAHB tingkat usaha cegah penyeludupan hidupan liar di KLIA

Foto arkib: Cubaan menyeludup hidupan liar berjaya digagalkan di KLIA apabila puluhan...

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur
Nasional

Dua jam APM Kuching tangkap ular sawa 50kg bersama 30 telur

Ular sawa sepanjang lima meter dan seberat 50 kilogram itu berjaya ditangkap...