Home Nasional Lebih 800 penjawat awam ditawarkan rumah PPAM MADANI
Nasional

Lebih 800 penjawat awam ditawarkan rumah PPAM MADANI

Lebih 800 penjawat awam ditawarkan rumah PPAM MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat, kiri) menyerahkan replika kunci kepada pemilik rumah pada Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI di Bandar Sri Permaisuri/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Seramai 843 penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred perkhidmatan ditawarkan untuk memiliki unit perumahan di Piksel City Sentral, Nikka City Sentral dan Amansuri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) MADANI dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara kerajaan dengan pemaju perumahan swasta di tanah persendirian atau tanah milik Kerajaan Persekutuan iaitu Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

\”Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), kerajaan telah menyasarkan penyediaan 500,000 unit rumah mampu milik, termasuk penyediaan 28,000 perumahan khusus untuk penjawat awam\”, katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran PPAM MADANI di Bandar Sri Permaisuri.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM249 juta bagi program PPAM di seluruh negara.

\”Sehingga kini, sebanyak 28 projek baharu PPAM MADANI melibatkan 3,838 buah rumah telah diluluskan di pelbagai lokasi\”, tambahnya.

Menjelang tahun 2025, kerajaan menyasarkan kira-kira 4,000 rumah PPAM disediakan di seluruh negara.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...