Home Nasional Lebih 800 hadir Program JIWA Komuniti MADANI @ Karnival Kesihatan Mega
Nasional

Lebih 800 hadir Program JIWA Komuniti MADANI @ Karnival Kesihatan Mega

Lebih 800 hadir Program JIWA Komuniti MADANI @ Karnival Kesihatan Mega

Foto FB Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 28 Julai- Program JIWA Komuniti MADANI @ Karnival Kesihatan Mega yang berlangsung di Padang Kota pagi tadi menonjolkan penglibatan masyarakat mengenai kepentingan kesihatan.

Kehadiran lebih 800 individu pada karnival itu hanya dalam tempoh beberapa jam membuktikan tahap kesedaran rakyat negeri tersebut tentang kesihatan agak menyerlah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata program bagi memperkasakan komuniti untuk menjaga dan membentuk inisiatif ke arah kesihatan lebih baik.

\”Kita di Pulau Pinang memang sentiasa menganjurkan program kesedaran di merata tempat bersama dengan persatuan-persatuan penduduk dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memainkan peranan sebagai penggerak komuniti kesihatan,\” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Kon Yeow merasmikan karnival berkenaan yang berlangsung di Padang Kota bersempena Sambutan Hari Warisan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota.

Karnival kesihatan dengan kerjasama badan-badan swasta itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma kepada kumpulan terpilih.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....