Home Nasional Lebih 80 peratus kebakaran di tapak kitar semula Pengkalan Chepa berjaya dipadam
Nasional

Lebih 80 peratus kebakaran di tapak kitar semula Pengkalan Chepa berjaya dipadam

Lebih 80 peratus kebakaran di tapak kitar semula Pengkalan Chepa berjaya dipadam

FOTO FAIL BERNAMA

KOTA BHARU, 30 Oktober- Kebakaran di tapak pengumpulan bahan kitar semula di kawasan perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini telah berjaya dipadamkan sebanyak 85 peratus.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Khairul Ariffin Che Ramli berkata hanya tinggal 15 peratus lagi kawasan yang perlu dipadamkan.

Beliau berkata bomba menjangkakan kerja memadamkan api akan selesai tidak lama lagi jika tiada sebarang masalah dan hingga kini anggota yang bertugas masih berada di lokasi bagi memantau sisa api yang ada untuk dipadamkan sepenuhnya.

\”Bahan kitar semula ini apabila terbakar akan mengambil masa yang lama untuk padam kerana ia terdiri daripada sisa pepejal seperti getah, plastik, kain dan PVC.

\”Oleh itu, kami perlu membuat pemeriksaan kawasan terbakar dengan teliti kerana dibimbangi masih ada bara api yang menyebabkan kebakaran berulang,\” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian hari ini.

Pada 27 Okt lepas, tapak pengumpulan bahan kitar semula berkenaan terbakar 80 peratus pada kira-kira 6 petang dan 40 anggota bomba terlibat dalam usaha memadam kebakaran itu dengan bantuan lima jentera dan empat lori tangki air.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....