Home Nasional Lebih 49,000 kes Hepatitis B dalam tempoh 10 tahun – KKM
Nasional

Lebih 49,000 kes Hepatitis B dalam tempoh 10 tahun – KKM

Lebih 49,000 kes Hepatitis B dalam tempoh 10 tahun – KKM

Foto Hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Lebih 49,000 kes Hepatitis B direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 10 tahun dari 2013 hingga tahun lepas.

Manakala bagi Hepatitis C pula dilaporkan sebanyak 34,573 kes bagi tempoh sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan Hepatitis B boleh dicegah melalui imunisasi.

Dos pertama diberikan semasa kelahiran dan seterusnya pada bayi menggunakan vaksin kombinasi enam serangkai (enam dalam satu) pada umur dua tahun, tiga tahun, lima tahun dan18 bulan.

\”Ibu bapa perlu memastikan bayi mereka diberi imunisasi Hepatitis B yang lengkap mengikut jadual menerusi Program Imunisasi Kebangsaan.

\”Bagi Hepatitis C pula, rawatan khusus kini boleh diberikan bagi menyembuhkkan jangkitan,\” katanya menerusisatu kenyataan.

Tambahnya, masyarakat disarankan menjalani ujian saringan hepatitis bagi pengesanan dan rawatan awal.

Ia bagi mengelakkan komplikasi jangkitan seperti penyakit hati yang teruk, kanser hati dan seterusnya membawa kematian.

Hepatitis merupakan penyakit keradangan hati yang lazimnya disebabkan jangkitan virus iaitu Virus Hepatatis A,B,C,D atau E.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...