Home Nasional Lebih 40,00 penjawat awam mengalami isu psikologi
Nasional

Lebih 40,00 penjawat awam mengalami isu psikologi

Lebih 40,00 penjawat awam mengalami isu psikologi

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz

KUCHING, 1 Oktober– Seramai lebih 40,000 orang pegawai awam berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata angka tersebut adalah dari dapatan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) yang dilaksanakan bermula 1 Mac hingga September 2024.

Jelasnya, berdasarkan keperluan semasa, isu ini memerlukan intervensi, pencegahan, pemulihan dan penyelidikan bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental

Justeru, adalah wajar Garis Panduan Pembudayaan Keseronokan Bekerja Perkhidmatan Awam diwujudkan selaras dengan Budaya Keseronokan Bekerja sebagai Strategi Keberhasilan Reformasi 4 (SKR 4) dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030.

Keutamaan terhadap kesihatan mental sememangnya menjadi agenda kerajaan dalam memastikan mental dan fizikal yang sihat, seterusnya menyokong kepada peningkatan produktiviti penjawat awam ke tahap optimum.

Beliau berkata demikian semasa Perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Kesejahteraan Psikologi Sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam 2024 (ICOPW2024) di Kuching.

Persidangan dua hari ini dihadiri seramai 500 peserta yang bertujuan untuk menekankan kepentingan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam dengan matlamat meningkatkan prestasi kerja, kesejahteraan mental, serta mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...