Home Nasional Lebih 29,000 premis peroleh lesen edar tembakau
Nasional

Lebih 29,000 premis peroleh lesen edar tembakau

Lebih 29,000 premis peroleh lesen edar tembakau

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin

KOTA BHARU, 5 Ogos-Sebanyak 29,098 premis di seluruh Semenanjung Malaysia sudah mendaftar dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) untuk memperoleh lesen bagi mengedar bermula 1 Januari tahun lalu sehingga 15 Julai lepas.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, LKTN kini menyasarkan sebanyak 17,488 baki premis akan didaftarkan tahun ini dengan kadar fi sebanyak RM150 setahun.

\”LKTN juga berperanan untuk penguatkuasaan peraturan-peraturan LKTN perlesenan tembakau dan keluaran tembakau 2011 dan sekarang sudah masuk fasa ketiga yang sudah berkuatkuasa sejak 1 Januari tahun ni kita nak memberi fokus utama kepada aktiviti perlesenan iaitu sasaran untuk melesenkan sebanyak 17,488 baki premis yang belum memohon lesen mengedar tembakau atau keluaran tembakau dengan kadar fi cukup murah\”, katanya demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Pejabat LKTN di sini.

Mengulas lanjut katanya, sejak Mei lalu, penguatkuasaan Peraturan-Peraturan LKTN (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011 itu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan pendidikan (Smart Enforcement) kepada baki premis belum dilesenkan.

Pihak LKTN akan memberi nasihat, teguran dan kempen kesedaran bagi mendapatkan lesen secara berterusan kepada pihak yang terlibat.

Dalam perkembangan lain, LKTN telah membangunkan kilang pemprosesan dan pengeluaran produk kenaf di Setiu, Terengganu yang mengfokuskan penghasilan fiber yang menjadi bahan mentah utama kepada penghasilan produk-produk bernilai tambah tinggi berasaskan kenaf terutamanya tilam.

Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak 2,400 metrik tan produk Non-Woven Thermobonding kenaf setahun dengan nilai RM16 hingga RM18 juta untuk pasaran eksport dan domestik.

Related Articles

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu
Nasional

4, 489 kematian akibat nahas jalan raya libatkan penunggang motosikal tahun lalu

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah kereta terbalik...

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf
Nasional

Melaka sasar LTAM sebagai hab serantau penerbangan – Ab Rauf

Foto FB Menteri BesarBATU BERENDAM, 2 November– Melaka rancang untuk jadikan Lapangan...

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember
Nasional

Kadar gaji terendah di laman web SPA, dikemas kini 1 Disember

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus...

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim
Nasional

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim

Pada awal kejadian, bomba melakukan pencarian permukaan di sekitar kawasan sungai/Foto BombaKULIM,...