Home Nasional Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah
Nasional

Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah

Lebih 200 penduduk gotong-royong bersih kubur Kampung Bangsal Lebah

Penduduk bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bangsal Lebah/ Foto RTM

KAYANG, 23 Februari- Lebih 200 penduduk bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bangsal Lebah, Perlis.

Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Bangsal Lebah, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), serta kariah Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Masjid Al-Mukminin, Kota Kayang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bangsal Lebah, Norhayati Hashim, pembersihan kubur itu dapat memberikan keselesaankepada ahli keluarga yang datang menziarah, khususnya menjelang bulan Ramadan.

\”Selain sikap tanggungjawab, aktiviti sebegini mampu memberikan keinsafan dalam kalangan umat Islam yang masih hidup bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta.

\”Inisiatif ini membuktikan semangat kerjasama dan hubungan erat antara satu sama lain dalam menjayakan apa jua aktiviti yang memberi manfaat kepada semua,\” katanya ketika mengetuai Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Bangsal Lebah di sini.

Penduduk terlibat bukan sahaja membersihkan kubur, malah turut mengecat tembok, memotong cabang pokok, merobohkan binaan di atas kubur serta meratakan tanah sekitar kawasan tersebut.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...