Home Nasional Lebih 20 kampung di Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dijangka banjir bermula Isnin
Nasional

Lebih 20 kampung di Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dijangka banjir bermula Isnin

Lebih 20 kampung di Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli dijangka banjir bermula Isnin

Foto hiasan

KOTA BHARU, 14 Disember– Lebih 20 kampung dan sebuah pekan di kawasan rendah dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka mengalami banjir bermula Isnin hingga Rabu ini, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan lokasi dijangka banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas ialah Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To\’Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Kampung Banggol Kong, Kampung Bukit Lata, Kampung Gelang Mas dan Kampung Tersang.

Kampung lain ialah Kampung Lanchang, Kampung Padang Kijang, Kampung Kelawar, Kampung Tasik Cina, Pekan Rantau Panjang, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa dan Kampung Telaga Mas.

\”Kampung terlibat di Sungai Golok di Tanah Merah ialah Kampung Jenob, Kampung Nibong, Kampung Renab dan Kampung Air Bujing manakala di Sungai Golok di Jeli melibatkan Kampung Ayer Lanas.

JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

Amaran terbabit dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir mengambil langkah waspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....