Sunday , 17 November 2024
Home Nasional Lebih 123,000 pesakit terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Nasional

Lebih 123,000 pesakit terima manfaat Skim Perubatan MADANI

Lebih 123,000 pesakit terima manfaat Skim Perubatan MADANI

Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Lebih 123,572 pesakit telah menikmati manfaatSkim Perubatan MADANI (SPM) setakat suku kedua tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, meliputi 151,199 rawatan dengan perbelanjaan mencecah RM14.3 juta bagitempoh 1 April hingga 30 Jun 2024.

Antara rawatan kesihatan yang ditawarkan bawah skim tersebut termasuk demam dan selsema; cirit birit dan muntah; terseliuh; sakit kepala; dan trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

\”Kesemua pesakit 100 peratus adalah dari kalangan B40 kerana peratusan penggunaan Skim Perubatan MADANI oleh golongan B40 dan M40 sepanjang suku kedua 2024 adalah daripada kalangan golongan B40 iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan isi rumah mereka sahaja.

\”Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan bagi memberi subsidi bersasar kepada golongan yang memerlukan dengan memfokuskan sumber pada kawasan dan penerima tertentu sahaja,\” katanya bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim.

Beliau bertanyakan soalan berkenaan peratusan penggunaan Skim Perubatan MADANI (SPM) oleh golongan B40 dan M40 sepanjang suku kedua tahun ini.

Sementara itu menerusi soalan tambahan, beliau yakin SPM dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya dengan penambahbaikan serta peruntukan lebih tinggi, bergantung kepada perkembangan dan kestabilan ekonomi negara.

Ketika ini, Fasa 1 skim berkenaan difokuskan kepada 10 kawasan di tujuh negeri iaituKuala Lumpur, Selangor (Gombak, Hulu Langat, Petaling dan Klang); Johor (Johor Bahru); Perak (Kinta); Pulau Pinang (Timur Laut Pulau Pinang); Sabah (Kota Kinabalu), dan Sarawak (Kuching).

Bagaimanapun, melihat kepada sambutan memberangsangkan bagi tempoh September 2023 hingga Februari tahun ini, pihak kementerian berpendapat ia perlu diperluas ke seluruh negara.

Namun, peruntukan sedia ada tidakdapat menampung permintaan yang sangat tinggi.

\”…dengan peruntukan RM100 juta, mungkin tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya SPM ini dapat mencapai dan membantu golongan-golongan miskin tegar ini. Sekiranya kita mempunyaipendapatan yang stabil, ekonomi yang sangat baik, pendapatan negara dapat bertambah.

\”Saya yakin kita akan memikirkan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah peruntukanSPM ataupun kita memikirkan kaedah lebihbaik agarberkenaan dapat mencapai golongan B40 dan seterusnya kita dapat menawarkan skim ini kepada golongan-golongan M40,\” katanya.

Related Articles

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20
Nasional

PM selamat tiba di Brazil, hadir Sidang Kemuncak G20

Foto FailLIMA, 17 November– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba...

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS
Nasional

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Foto RTMTANJUNG DAWAI, 17 November– Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke...

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk
Nasional

Suami isteri maut dirempuh pemandu mabuk

Foto IPD Seri AlamJOHOR BAHRU, 17 November-Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas...

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Nasional

Kerjasama ASEAN-APEC, pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi

Foto Facebook Tengku ZafrulLIMA, 17 November– Kerjasama erat antara ASEAN dan Kerjasama...