Home Nasional Lebih 1,000 wanita bertelepok cipta rekod Malaysia Book Of Record
Nasional

Lebih 1,000 wanita bertelepok cipta rekod Malaysia Book Of Record

Lebih 1,000 wanita bertelepok cipta rekod Malaysia Book Of Record

Wanita berbaju kurung kelihatan manis dengan bertelepok semasa Program Perpatih Fest 2024 di Nilai

NILAI, 29 Julai- Program Perpatih Fest 2024 sekali lagi mencipta rekod baharu menerusi Malaysia Book Of Records dengan menghimpunkan 1,002 wanita bertelepok.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, program itu sebelum ini pernah mencipta rekod Jambar dan Masakan Kepala Kambing Terbanyak pada penganjurannya yang pertama, tahun lalu.

\”…inilah keunikan yang menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat di Negeri Sembilan yang amat terkenal dengan jolokan negeri beradat. Selain itu uniknya terdapat dua sistem pentadbiran iaitu moden dan tradisi.

\”Mungkin ada yang tertanya-tanya, pentadbiran moden bawah Kerajaan Negeri manakala pentadbiran tradisi bawah Luak Berundang, Luak Tanah Mengandung yang dipimpin oleh Penghulu Luak dan wilayah Tampin yang ditadbir oleh Tunku Besar Tampin. Ketua pemerintah tertinggi ialah Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir,\” katanya.

Beliau berkata demikuan dalam ucapan pada Majlis Perasmian Perpatih Fest 2024 di sini.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan bagi memperkasa Adat Perpatih dengan lebih 300 program dan aktiviti dijalankan menggunakan dana yang disediakan.

Aminuddin berharap generasi muda turut terlibat dalam setiap program yang dijalankan oleh Luak dan Wilayah Adat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....