Home Nasional Lawatan Tan Sri Johari ke negeri, perkukuh institusi Yang di-Pertua Dewan
Nasional

Lawatan Tan Sri Johari ke negeri, perkukuh institusi Yang di-Pertua Dewan

Lawatan Tan Sri Johari ke negeri, perkukuh institusi Yang di-Pertua Dewan

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul

GEORGE TOWN, 6 Ogos– Lawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) disasar untuk membantu memperkukuh institusi \’speaker\’.

Menurut Tan Sri Johari, ia antara lain sebagai persiapan untuk Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia 2024.

Acara tersebut bakal berlangsung pada 11 hingga 14 September di Kuching, Sarawak.

\”Jadi, saya ambil kesempatan sebelum kita ke Sarawak lebih baik kita berkenalan dahulu turun ke bawah. Bila kita jumpa di Sarawak esok, saya boleh bayangkan perkara yang dibincangkan, kerana kita pernah berada di situ.\”

\”Maka, ia akan lebih membantu jika ada perbincangan berbentuk resolusi yang akan kita ketengahkan kepada pemerintah. Insya-Allah, ini boleh kita lakukan dengan lebih teratur dan lebih baik. Menurut saya, ia adalah sesuatu yang akan memberi manfaat,\” kata Johari Abdul kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui selepas hadir pada sesi temu bual radio MutiaraFM menerusi slot Bicara Prisma, di sini.

Sementara itu, Tan Sri Johari Abdul turut berkongsi pengalaman mengenai pertemuannya dengan pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh pada pelantikan Presiden Iran bulan lalu.

Beliau menyifatkan keberanian dan sifat tidak putus asa Ketua Biro Politik Hamas itu adalah antara kualiti yang perlu dicontohi pemimpin negara.

Ismail Haniyeh terbunuh selepas Israel menyerang kediamannya di Tehran, awal pagi Rabu lalu.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...