Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Lawatan sulung PM ke Peru jana potensi eksport RM1.24 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Peru jana potensi eksport RM1.24 bilion

Lawatan sulung PM ke Peru jana potensi eksport RM1.24 bilion

FOTO BERNAMA

PERU, 16 November- Lawatan rasmi sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Lima Peru membawa kejayaan besar buat Malaysia apabila berjaya menjana potensi eksport bernilai RM1.24 bilion dalam sektor berpotensi tinggi.

Ia melibatkan 17 syarikat-syarikat Peru mewakili pelbagai industri termasuk farmaseutikal, peralatan dan produk perubatan, bahan binaan, produk berasaskan bahan kimia, makanan kesihatan serta produk-produk barangan pengguna.

\”Syarikat-syarikat Peru juga berminat untuk mengimport bahan binaan berkaitan keluli dan kaca, peralatan dan produk perubatan, minyak sawit, bahan kimia serta produk makanan dan minuman dari Malaysia,\” kata Perdana Menteri pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Lima.

Beliau berkata setakat kini, syarikat-syarikat tersebut telah mengimport barangan dari Malaysia bernilai RM435.27 juta.

‘’Malaysia akan berusaha untuk terus meningkatkan nilai eksport ke Peru dan mengambil langkah selanjutnya mengenai kerjasama logistik, terutamanya dalam hal-hal berkaitan pelabuhan bagi memudahkan eksport di antara kedua-dua negara,\” katanya lagi.

Daripada sudut pelaburan pula, tujuh syarikat pembuatan terkemuka Peru telah menyatakan minat untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia, terutamanya dalam sektor pemprosesan makanan, perkhidmatan logistik bersepadu dan farmaseutikal.

16 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia juga mengambil bahagian dalam Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke APEC di Lima, Peru.

Mereka turut meyertai mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri Peru bagi meneroka pelbagai peluang kerjasama perniagaan, sekali gus memperkukuh hubungan perdagangan dan memperluas pelaburan dua hala antara Malaysia dan Peru.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...