Home Nasional Lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei, perkukuh kerjasama dua hala – PM
Nasional

Lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei, perkukuh kerjasama dua hala – PM

Lawatan rasmi Putera Mahkota Brunei, perkukuh kerjasama dua hala – PM

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Ogos– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjung hormat dari Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah di kediamannya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri tiba pada pukul 11.25 pagi, diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Ketibaan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah disambut Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Datuk Seri Anwar berkata kunjungan itu memberikan syarat penting kepada negara bahawa kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Brunei berada di peringkat paling tinggi.

\”Dengan kehadiran Putera Mahkota, itu hanya menunjukkan bahawa separuh kekuatan atau pimpinan Brunei itu tekad untuk bekerjasama. Jadi, kita bincang umpamanya dalam bidang pertahanan dan latihan termasuk bidang industri, teknologi, bidang agama Islam dan Bahasa Melayu.\”

\”Ini semua dibicarakan termasuk memberi ruang kepada anak-anak kita ke Brunei dan anak-anak Brunei ke Malaysia,\” kata Anwar kepada pemberita, hari ini.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.

Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah tiba di Malaysia untuk mengadakan lawatan rasmi bermula Sabtu (17/8) hingga 21 Ogos.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...