Saturday , 25 January 2025
Home Nasional Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja
Nasional

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Lawatan negara Agong ke Brunei perkukuh hubungan diraja

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada 13 hingga 15 Oktober ini.-Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 11 Oktober– Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan negara ke Brunei pada 13 hingga 15 Oktober ini bagi memperkukuh lagi hubungan diraja antara Malaysia dengan Brunei yang terjalin sejak 40 tahun lepas.

Istana Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa lawatan Seri Paduka Baginda yang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, bertujuan memartabatkan lagi rumpun, budaya, dan Kesultanan Melayu.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

“Hubungan akrab Malaysia dan Brunei juga terserlah apabila Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Julai lepas,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara memaklumkan sempena lawatan negara ini, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah dijadualkan berangkat ke Majlis Sambutan Negara, Majlis Menghadap, serta Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman.

“Seri Paduka Baginda berdua turut dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Minum Petang bersama rakyat Malaysia di Brunei,” menurut kenyataan itu.

Pada hari kedua, Raja Permaisuri Agong dijadualkan berangkat melawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Brunei merupakan negara ketiga yang dikunjungi Sultan Ibrahim untuk lawatan negara, selepas Singapura dan China sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas.

Related Articles

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi
Nasional

Banjir: Satu lagi PPS dibuka di Tatau, malam tadi

Banjir di SarawakKUCHING, 24 Januari– Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka...

PATI terjun bangunan elak ditangkap
Nasional

PATI terjun bangunan elak ditangkap

Antara PATI yang ditahan JIM KL menerusi Op Sapu KL Strike ForceKUALA...

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital
Nasional

Malaysia di landasan tepat, transisi menuju AI, semikonduktor, ekonomi digital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimDAVOS,...

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri
Nasional

TBC: PETRONAS Carigali agih pek makanan di Bintulu dan Miri

Program CSR “Uplifting Lives: Chinese New Year” anjuran PETRONAS Carigali Sdn Bhd...